Selasa, 1 Mac 2011

Apakah itu Pelaburan Emas ( Edisi Pelajar )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Pada petang yang mulia ini tergerak hati saya nak tulis satu artikel mengenai pelaburan emas buat pembaca sekalian. Alhamdulillah dalam sebulan lebih Kilauan Dinar melibatkan diri menjual emas untuk pelaburan, sambutan begitu menggalakkan. Matlamat utama Kilauan Dinar kepada pelajar, sekurang-kurangnya mereka mempunyai satu bentuk pelaburan ( atau mempelbagaikan portfolio ), apa yang Kilauan Dinar promosikan ialah Pelaburan emas.



Apakah itu pelaburan emas?
Sebagai seorang pelajar, saya ambil contoh pelajar IPG kita dapat elaunkan ( RM4700 )? Jadi bila akhir semester elaun yang kita dapat habis macam tu saja. Jadi kita perlu ada satu simpanan untuk masa hadapan, betul tak? Emas adalah salah satu darinya. Setiap semester anda beli 1 dinar, anda sudah menyelamatkan wang anda sebanyak RM600++. Di sini emas bertindak sebagai Rizab ( simpan sukar alir ). Kalau simpan duit cepat habis. Kalau terdesak anda boleh gadaikan ( saya akan cerita nanti )

Bagaimanakah yang dikatakan untung melabur dengan emas?
   Emas adalah pasaran komuditi, kenaikan harga emas sukar diramal, tetapi berpotensi baik dan kurang risiko berbanding pelaburan lain, sesuai untuk pelajar seperti kita ( admin masih lagi belajar, hehehe ). Keuntungan ASB ( Amanah saham Berhad ) berdasarkan keuntungan dividen yang diumumkan setiap hujung tahun, tahun 2010 ialah sebanyak 8.75% namun emas sebanyak 27% ( 2009-2010 ). Ok berbalik kepada soalan, keuntungan pelaburan emas adalah disebabkan KENAIKAN HARGA EMAS ( harga emas berubah setiap saat )
Software analisis harga emas menunjukkan  harga emas berubah setiap saat.

Bagaimana hendak memulakan Pelaburan emas?
Ada Kilauan Dinar dah tulis, pendek kata " Ada duit terus beli... " jangan tunggu harga untuk turun, kerana kita tidak dapat menjangkakan dengan tepat, tetapi berdasarkan potensinya emas memang sedang naik. Jom kita tengok harga emas dalam tempoh 20 tahun yang lalu. [ artikel terdahulu ]

Jika anda menyipan emas pada tahun 1991 sehingga 2011 keuntungan yang anda dapat berdasarkan kenaikan harga emas ialah 288.56%. Jika anda beli emas pada tahun 1991 dengan harga $400, selepas 20 tahun emas yang anda pegang sudah bernilai $ 1400, wah!

Di mana saya nak simpan emas saya selepas beli?
   Soalan ini sering ditanya oleh rakan-rakan, tempat yang paling selamat untuk simpan emas anda ( jika anda tidak mahu menyimpannya sendiri ) ialah di Bank ataupun di Syarikat Public Gold. Public Gold ada menyediakan peti simpanan emas yang selamat, Upahnya hanya 0.5% ( dari harga emas semasa ) untuk setahun.

Saya terdesak nak pakai wang!
Jika anda terdesak dan nak pakai wang, anda boleh gadaikan di Ar-Rahnu Agrobank atau mana-mana PAJAK GADAI ISLAM. Dah dapat duit elaun semester berikutnya, guna duit tu tebus balik emas yang anda ar-rahnukan [ AgroBANK ]

Adakah Potensi Emas Meyakinkan?
18 Disember 2010 Utusan ( Dr. Mahathir Galak Rakya Simpan Emas )
28 Februari 2011 Utusan ( Perak Lancar Dinar Emas & Dirham Perak )

Banyak lagi artikel yang menunjukkan potensi emas sebagai alternatif pelaburan kurang risiko. Apa tunggu lagi bermulalah dari sekarang.
[ Segala isi kandungan ditulis berdasarkan pengalaman penulis, artikel ini ditulis sebagai cadangan sahaja ]

Yang menulis
 
Kilauan Dinar
Muhammad Saffuan Jaffar (A3181) 0135098336

2 ulasan:

  1. salam cik...
    braper modal yg diperlukan untuk pelaburan nihhh...
    dan,,,mcam mna nk labur....
    bleh terangkan.....
    saya nk mula simpan duit lahhh untk masa hadapan....
    tlg email....
    safuanmahamad@rocketmail.com

    BalasPadam
  2. saya sudah memulakannya. alhamdulillah. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...